Nuffnang Ads

Sunday, November 22, 2009

Wedding Photography Camp


Korang jangan la marah aku sbb lama tak update kat blog ni. Sebenarnya sebulan yang lepas aku sibuk dgn program aku. Mmg tak ada masa langsung nak buka Blogspot. Malah nak kencing pun aku kena pk dulu sempat ke tak. Program Wedding Photography Camp ni merupakan kesinambungan daripada program Photography Camp yang pernah dianjurkan pada bulan Mei lepas. Disebabkan sambutan yang menggalakkan dan diatas pemintaan orang ramai, aku terpaksa merancang satu lagi program. Lantas terhasillah program Wedding Photography Camp.


Program 2 hari 1 malam ni terbuka kepada 80 orang photographer amatur dan professional. Dengan yuran penyertaan RM160.00 peserta diberikan pendedahan tentang teknik dan kemahiran fotografi berkonsepkan perkahwinan seperti cara penggunaan kamera dengan betul, teknik mengambil gambar pengantin, pencahayaan dan kelajuan serta lain-lain yang berkaitan dengan teknik fotografi melalui aktiviti-ktiviti yang telah dirancang. Apa yang lebih menyeronokkan peserta dapat belajar bukan sahaja secara teori tetapi praktikal dimana mereka telah dihidangkan dengan suasana seakan-akan majlis perjkahwinan yang real.


Flyers yang telah diedarkan kepada orang ramai



Semasa hari pendaftaran



Peserta perlu mendirikan khemah sebelum memulakan kelas


Mendengar taklimat yang diberikan oleh Nik dari Applemint Studio


Pelajar juga turut diajar teknik mengambil gambar semasa make up dan hair do

Sesi photography outdoor, pengantin dah jadi cam artis bila kena serbu dgn photographer. Lokasi time ni adalah sekitar Taman Wawasan Putrajaya

Bas antara pengangkutan yang disediakan sepanjang program ni

Salah satu daripada gambar yang diambil oleh peserta. Lokasi adalah sekitar Taman Botani

Risau dibuatnya kalau-kalau runtuh jambatan titi ni

Kadang-kadang tenaga pengajar pun kena jadi mak andam jugak

Model pengantin ni namanya Faizi dan Ayu. Best dorang ni sebab sporting dan kadang2 sengal gak. Haha

Time majlis akad nikah olok-olok. Perasan tak pengantin laki xpakai songkok. Sempoi gler

Pengantin pompuan menangis ala-ala sedih di majlis akad nikah


Hehe. Ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta bila pengantin kena dera

Hari kedua program dimana pengantin diarak untuk bersanding di Taman Warisan Pertanian. Gambar pengantin laki keluar daripada kereta antik.


Sebahagian daripada peserta yang cuba untuk dapatkan shoot yang terbaik



Setiap ruang dipenuhi oleh photographer2, nasib baik pengantin tak tersungkur


Pengantin turut dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian daripada adik-adik comel

Puas hati sangat dgn persalinan hijau ni. Terima kasih kepada penaja, En Razman.


Tak lengkap rasenya majlis kahwin kalau tak ada upacara merenjis pengantin. Orang ramai yang mengunjungi Taman Warisan turut diundang untuk memberkati pengantin


Upacara memotong kek selepas makan beradab


Leaving the ceremony





Peserta-peserta Wedding Photography Camp yang havoc!



So setakat ni je la kut. Mata aku pun dah mengantuk ni. Kalau ikutkan banyak sangat gambar yang nak diupload tapi kesuntukan masa. Next entry nanti aku akan post beberapa gambar2 sengal sepanjang program tu nanti. Tapi sebelum tu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni tak kiralah secara langsung atau tidak lansung. Sekalung penghargaan dituju khas kepada:

  1. Taman Wetland Putrajaya, Taman Botani, Taman Wawasan, Taman Warisan dan Taman Rimba Alam diatas keizinan penggunaan taman di Putrajaya

  2. Bahagian Pemasaran dan Pendidikan, Jabatan Landskap, PPJ

  3. Penguatkuasa PPJ

  4. Bahagian Korporat, PPJ

  5. Team dari Applemint Srudio untuk tenaga pengajar dan fasilitator

  6. Bas Nadi Putra diatas perkhidmatan pengangkutan

  7. Utusan Malaysia

  8. Faizi Latifi dan Ayu Samsudin sebagai model

  9. Razman Razmi Boutique diatas tajaan persalinan pengantin

  10. Rose Suci untuk tajaan mekap

  11. Sarah Mawar D'Renjis untuk kelengkapan pelamin

  12. En Sulaiman Basar untuk tajaan kereta antik

  13. S.K Presint 9 (1) untuk persembahan tarian

  14. Cik Haswani dan En. Adam untuk persembahan silat

  15. Selera Bonda diatas tajaan kek pengantin

  16. Sajian Suri untuk Jamuan Makan Beradab

  17. Haji Samuri untuk tajaan bahan-bahan merenjis


Thursday, October 1, 2009

Mengimbau Kenangan

Sementara masih berada di dalam mood raya, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger2 kat Malaysia. Maaf Zahir dan Batin andai ada tersalah bahasa dan sebagainya. So macam mana dgn raya anda semua? Aku tak minat sangat nak cerita pengalaman semasa raya tempohari, tak ada apa yang seronok selain daripada perasaan tertekan, gemuruh dan sebagainya. Sebabnya? Nanti la aku cerita k.
*****

Dua hari sebelum raya, aku sempat pusing2 kampung aku di Kelantan. Kg Telekung. Mesti korang rasa kelakar sebab nama kampung aku mcm alim sket. Tapi tak bermakna semua penduduk kat kampung aku tu kena pakai telekung. Hehe. Dah beberapa tahun aku tak memijak tempat-tempat yang selalu aku pergi masa budak-budak dulu. Jadi sementara ada kesempatan aku pusing kampung aku, nak menjejaki masa-masa silam aku.

Ni la dia sekolah tadika aku. Teringat time dulu yang mana aku selalu lari dari sekolah dengan memanjat tingkap belakang.


Ni adalah sekolah rendah yang pernah mendidik aku sampai la aku jadi 'orang'. Dulu bangunan kat sini semua 1 tingkat, sekarang bertingkat2 tingginya.


Kedai runcit ni terletak kat tepi sekolah. Masa dulu, bnyk betul makanan ringan yang dijual kat kedai ni. Tapi sekarang dah jadi semak.



Tempat aku mengaji Quran. Rumah ni dulu nampak besar dan tinggi. Masa tu binaan dia daripada kayu, cuma sekarang dah jadi rumah batu.




Salah satu daripada petak sawah padi. Disinilah tempat kitaorang mengutip sejenis tumbuhan yang dipanggil Jarum Mas yang kemudiannya dijual dengan harga yang agak tinggi.



Laman rumah jiran. Tempat kitaorang bermain-main. Terkejut tengok kawasannya dah jadi makin sempit


Ladang getah ni kat belakang rumah aku jer. Dulu jadi tempat aku berkelah sambil baca buku. Sekarang dah semak cam hutan


Sungai yang menjadi tempat yang wajib disinggah bila abis time sekolah. Tapi dulu sungai ni sebenarnya besar dan dalam, tapi sekarang tengoklah apa jadi.

Ni lak kedai minyak motor. Sangat klasik.


Klinik desa. Aku selalu gak curi2 masuk kat sini time kecik2 dulu. Seingat aku klinik ni penuh ngan ibu-ibu yang awak anak kecik pada setiap Isnin dan Rabu


Masjid kampung aku. Dulu aku selalu ikut kakak-kakak aku pergi kelas fardu ain setiap pagi Jumaat. Abis kelas terus pergi beli gula-gula getah.

Salah satu daripada rumah yang terbiar berhampiran rumah aku. Aku pernah disapa oleh 'pemilik' umah ni masa balik dari KL beberapa tahun lalu. Seram gak cerita tu.

Itulah sedikit sebanyak pasal kenangan aku pada zaman nakal-nakal dulu. Kadang-kadang bila diingatkan balik, rasa rindu sangat nak merasa kembali time tu. Hidup tak perlu nak fikir pasal masalah dan sebagainya. Bila aku balik kampung, tengok kanak-kanak sekarang tak sama cam zaman dulu. Dah tak ada aktiviti-aktiviti macam kitaorang dulu. Zaman dah berubah.....

Friday, September 11, 2009

Merantau di Rantau Panjang

Salam 1 Malaysia buat semua. Skali lagi aku rindu kat korang setelah sekian lama menyepikan diri. Bulan puasa ni aku sibuk ngan beribadat, so kurang sket masa untuk beinternet. Haha. Tapi takper, aku janji mulai hr ni aku akan sentiasa update kan blog ni ngan berita2 yg latest k.
***
Klu entry hr tu aku sibuk citer pasal Tanjung Dawai kat Kedah tu kan. Kali ni aku nak citer pasal Rantau Panjang. Sebenarnya ni bukan kali pertama aku jejakkan kaki ke sana. Apatah lagi tempat tu adalah dibawah jajahan tempat kelahiran aku. Cuma saja nak bagi sedikit informasi pada mereka yg tak pernah mengunjungi Rantau Panjang. Citer panjang pun tak guna, aku upload je lah beberapa gambar k. Sorry la, coz aku sibuk ni. Huhuhu.


Ni contoh no pendaftaran kenderaan di Thailand. Korang blh jumpa dimerata-rata tempat di sini

Keadaan disebahagian lokasi jualan di Rantau Panjang


Kenderaan agak sesak dan menyukarkan pengunjung untuk meletak kenderaan


Adik aku tengah leka pilih kasut. Walaupn bukan original, tapi rekaan dan kualiti hampir sama.


Hampir di merata tempat penuh dengan gerai jualan


Antara gambar yg menarik


Barang-barang kemas tiruan pun banyak dijual. Cuma ssh nak gadai la nanti.


Antara pemandangan yang boleh diperhatikan di sini


Buah-buahan yang terus dari ladang mmg murah giler.


Klu berkunjung ke sini, tak sah klu tak beli pelbagai aneka makanan ringan tradisional


Klu anda sesat, x payah risau. Ikut je signbooard ni. Heh. Bayangkan betapa hampirnya signboard ni ngan kedai kat belakang tu.

Seronok tgk selipar yang berwarna-warni ni


Gadis Rantau Panjang!

Tu la dia sedikit preview pasal Rantau Panjang ni. Klu golongan makcik-makcik yang berkunjung kesini, comfirm dorang happy sbb barang-barang dapur sure murah and blh tahan kualitinya. So, apa tunggu lagi. Start enjin kereta dan pecutlah ke Rantau Panjang.

Wednesday, July 15, 2009

Apa Ada Dengan Tanjung Dawai


Album gambar yang aku nak tunjuk ni dah lama terperap. Hampir dua bulan kut. Saper yang pernah pergi ke negeri Jelapang Padi Malaysia, pasti agak familiar dengan tempat yang dinamakan Tanjung Dawai kan. Aku pergi ke sana pun sebenarnya secara tak sengaja. Tujuan asal nak hantar pengantin perempuan. Tapi alang-alang dah sampai sana, why not kami pergi jln2 ke Tanjung Dawai.

Bila dah sampai sana, baru lah tau apa sebenarnya tempat tue. Untuk kaum2 muda mudi mungkin tempat ni tak seronok bagi dorang tapi bagi golongan makcik2, ni la syurga untuk membeli belah barang2 laut yang cukup murah harganya. Jom kita check....

Berebut2 naik bot, takut kena tinggal


Pemandu bot penumpang yang punyai banyak pengalaman


Salah satu pemandangan di Tanjung Dawai


Makcik2 yang sibuk membeli belah


Pelbagai saiz ikan yang menggunung tingginyer


Banyak ikan yang jarang2 kita jumpa


Anak buah aku si Esya ni pun tak suka dgn bau ikan2 ni semua


Kebanyakan hasil laut kat sini boleh dibeli secara borong


Beberapa buah bot yang berlabuh di Jeti Tanjung Dawai


Satu lagi gambar klasik yang sempat diambil


Ni mungkin kedai gunting rambut yang dah berkurun beroperasi di sini


Beberapa contoh kegiatan harian penduduka kat sini


Bersedia untuk mendarat, nyawa masing2 rasa mcm telur di hujung tanduk