Time ni ngah beli ayam. Tak berani nak capture dekat2 sbb takut cebisan daging tu terpercik ke muka.
Ni lak bekalan sepanjang perjalanan. Memandangkan belum sarapan lagi, terpaksalah makan maggie ni yg dibeli di 7-Eleven.
Disebabkan aku dulu pernah keja kat situ, so dpt lah naik buggy secara percuma. Yg plg best staf kat sana bagi kunci buggy, suh aku bawak sdri.
Kami antara org yang terawal menonton wayang ni. Mula2 tgk poster ingatkan kisah tentang bencana alam
Bekalan sepanjang tayangan nanti
Berminggu-minggu sibuk ngan kerja, dah tiba masanya aku curi masa untuk mengurangkan stress. Aku pilih lokasi yang paling dekat, Alamanda Putrajaya. Niat nak window shopping jer, last2 tertewas juga. Xpe la, lagipun dah lama tak shopping.
Mcm biasa la, klu bab2 shopping or window shopping ni, aku lebih suka gi sorang2. Senang nak pilih barang. Jalan berjam-jam pun tak de org nk kesah. Cuma masalahnya xder orang nak tegur pasal perbelanjaan kita. Ni ada beberapa item yang aku beli, yg mampu aku capture
Dah lama rasanye tak kluar bersama-sama dgn adik-adik dan anak sedara. Bukan malas tapi kesibukan kerja yang melampau membatasi ruang waktu utk kami berkumpul. Jadi dengan sedikit masa yang ada, aku gigihkan diri balik Puchong.
Lps mandi dan bersiap, terus kitaorg pergi ke ioi Mall untuk tempah tiket. Cerita Madagascar : Escape 2 Africa jadi pilihan. Sambil tunggu masa tayangan, ktorang lepak dulu di kedai buku POPULAR. Siap bacakan buku cerita lagi kat anak-anak buah aku ni.
Seterusnya kitaorang ke tempat permainan. Kat sini bukan main seronok lagi budak-budak ni ngan mesin2 slot tu. Aku pun sama, kadang2 mengalahkan anak buah sendiri. Banyak jugak lah duit aku abis beli token2 tu. Tak kisah la, janji dorang seronok.
Sebelum masuk wayang, 2 set combo pop corn dah memadai. Kat dalam panggung nasib baik season dia tak sejuk sangat. Overall cerita tu mmg best. Anak buah aku si Afiq tu x henti2 gelak.
Kira-kira jam 11.45 wayang tamat. Sebelum balik, kitaorang singgah umah adik pompuan aku, Mirah. Saje nak menyusahkan dia. Sembang punya sembang, perut mula lapar. Apa lagi, kami teruskan dengan aktiviti selongkar peti ais yang dah jadi tradisi turun temurun. Lps makan ais krim, tiba2 dapat idea nak buat burger. Dengan sedikit pengalaman yang ada, projek tak rasmi bermula….