Tidak!!!….Untuk kali ke berapa entah aku pun dah lupa. Tension!! Selama beberapa hari aku cuba ngelak tapi knp malam jahanam tu muncul jugak. Knp malam tadi aku jadi mangsa? kalau ikutkan hati, nak je aku bunuh semua yang terlibat malam tadi. Tapi masalahnya, aku pun ssh nak cam drg semua, semuanya berlaku dengan pantas. Hanya dalam beberapa minit, semuanya selesai. Puas aku meronta, meraung….tapi drg gelak jerr….Huhuhu
Itu la tradisi warga kolej aku. Pantang ada yang dah cukup umur, comfirm kena campak kolam. Istilah senior dan junior dah x wujud. Bila tiba tarikh keramat tu, status bkn alasan. Aku pun x tahu, dari mana bermulanya sejarah campak-mencapak member dalam kolam ikan & kura-kura yang busuk tu. Boleh x korg bayangkan macam mana situasi tu? Kolam yg penuh dgn ikan dan ditambah dengan lebih kurang 4 ekor kura-kura yg x tau ape2, lps tu air yg bertakung serta lumut-lumut yang melengkapkan rasa….erkk yarkkk!!! Dan paling mengerikan bila korang tahu org yg kena campak tu adlh org yg x mkn ikan dan x tahan bau hanyir. Sian aku, sudah jatuh ditimpa tangga, tercium pula tahi ayam. Nasib baik aku x pengsan. Ntah berapa ramai dah jadi mangsa korban kolam tersebut. Tapi yang pasti, utk semua penghuni blok lelaki di kolej aku ni, setiap org akan merasainye jua. Hanya tarikh dan masa saja yang menentukan. Bak kata nurse kat hospital kerajaan…”tunggu yer dik, ikut giliran yer” (itupun kalau dapat misi atau nurse yang baik la)
Walaupun tarikh lahir aku dah lepas (9hb April) tapi still kena campak. Selama beberapa hari aku berjaya menyorokkan diri, kunci pintu dari dalam tapi mlm ni akibat kecuaian aku…..ahh…. rasa macam teruna aku diragut tanpa belas kesihan! Malam tadi bukan aku sorg yg kena, tapi 3 org. Kenyang la hantu2 kat kolam tu. Org yg pertama kena campak ialah budak Kerohanian (”bdk surau” bagi yg x tau istilah kerrohanian”. Kerohanian = berasal daripada perkataan Rohani, merujuk kepada sifat insaniah dlm diri. Kalau x silap aku la). Aku pun x tau knp dia kena cmpk sbb kadang2 faktor yg menyebabkan seseorg kn campak tu bkn saja bergantung kpd tarikh dia dilahirkan. Lagi kesian si bdk junior yg sorg lagi ni. Tarikh lahir dia lagi 2 hari tapi dah kena cmpk. Alasan dorg, takut bdk tu blk kg sbb takut kena cmpk. Dan yg terakhir kena campak pada mlm tu, sape lagi aku la.. mangsa keadaan betul la.
kalau korang nak tahu…berikut adalah flow kpd upaca mencampak mangsa ke dalam kolam
- Semua penghuni kolej amnya dan penghuni blok khususnya akan saling mengingati tarikh lahir kawan masing2 termasuklah roomate kita sendiri.
- Pada 1-2 minggu sblm tarikh lahir tu, biasanya semua mangsa akan cuba menyembunyikan identiti dan maklumat peribadi termasuklah tidak mendedahkan ic, surat beranak atau kad matrik kpd org awam (merujuk kpd penghuni kolej ni). Tapi kadang2 sia2 gak sebab drg dah ada senarai birthday utk semua penghuni kolej. Xdapat la den nak nolong.
- 2-3 hari sebelum kejadian, mangsa akan ditakut-takutkan dengan macam-macam. Pasal kisah kura2 gigit ‘anu’ la, ada ular la, ada piranha makan daging la, penunggu kolam tengah lapar la.. Semuanya menceritakan berkenaan dgn kolam tu. Mangsa secara automatik takut dan mula membayangkan yg bukan2. Kura2 yg pasif pun nmpk mcm jd agrasif nak telan manusia dan ikan2 yg kecik pun rasa mcm memanggil2 nama mangsa. Mangsa biasanya x blh duk diam…risau mengingatkan hari yg bakal tiba. Kadang2 sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Contohnya..”tolong la…tolong jgn makan aku wahai penunggu kolam…ampun kan aku…tolong jgn makan aku…” mcm tu la lbh kurang skrip mengigau dorang. Biasanya roomate dorang yg akan perasan benda2 macam ni.
- Pada malam kejadian, mangsa lgi la x leh duk diam. Mcm2 strategi dilakukan bagi mengelakkan daripada kn campak dlm kolam. Ada yg cari alternative lain dgn tumpng tido di kolej lain, ada yg buat2 tido awal, ada yg buat muka sedih, ada yg bagi alasan demam dan ada yg buat2 tengah sembayang (walaupun masa tu pakai seluar pendek aje) nak ngelak punya pasal. Lagi kritikal bila ada dah tempah tiket blk kg. Tapi bisanya alasan tu semua x leh diterima. Kalau x hari tu,may be esk lusa kena jugak.
- Sebelum proses mencampak berlaku,1 atau 2 orang dari kalangan penghuni akan berjaga di beberapa lokasi strategik untuk memastikan tiada fellow yg akan datang. Tau plak takut bdk2 ni kan…
- Beberapa orang (biasanya 6-12 orang. Jumlah boleh berubah-ubah mengikut bentuk saiz mangsa) akan mula berkumpul di depan pintu bilik mangsa dan cuba utk meredah masuk. Biasanya roomate mangsa akan turut jadi tali barut dan memberikan maklumat bila waktu yg sesuai utk memulakan operasi
- Mangsa akan cuba mengelak sama ada memberi alasan atau cuba melarikan diri. tapi biasanya beberapa org akan bersedia utk mengepung. Setelah dapat ditangkap, mangsa akan diusung dan diarak beramai2. Sebelum tu, mangsa akan dipastikan tidak membawa bersama-sama sbrg alat telekomunikasi. Ye la kan, klu yg pakai hp mahal sape nak ganti bila msk air. Begitu juga dgn wallet. Gaya usungan begantung kpd kesulitan utk membawa mangsa tersebut. Jika liat, lagi la ssh. Perlu diingatkan bahawa saiz badan juga memainkan peranan penting. Mangsa biasanya hanya mampu meraung dan meronta sahaja. Ketika ini, pujuk rayu x bermakna ape2. Dan mereka semua juga dah x mkn rasuah. (kat sini nampak la jugak sifat amanah drg).
- Penghuni-penghuni yang lain akan memerhatikan dari luar pintu bilik masing2 dan bersorak keriangan seperti pesta pemujaan. (kat sini korang boleh gambarkan suasana masyarakat carnibal yg nak mengorbankan manusia). Betul-betul rasa mcm nak mati
- Sampai di tepi kolam tu…mangsa akan dihayung-hayungkan beberapa kali sambil ramai-ramai membaca tahlil kematian (sebenarnya lagu happy birthday to U la tu). Sebarang permintaan terakhir dari mangsa x akan dilayan. Surat menyurat lagi la (mana sempat nak buat).
- Deboommm!!! Mangsa mula dicampak tanpa sempat memikirkan aksi renang yang akan dipertontonkan. Biasanya rata-rata dengan gaya bebas dan kadang2 kuak lentang. Dan org ramai bersorak dan bertepuk tangan.
- Mangsa akan terkial-kial kat dalam kolam tu. Kadang-kadang di baling dengan telur. Bila nak naik dari kolam, biasanya akan ditolak berkali2 lagi. Mangsa boleh dikira bertuah jika tiada kesan luka atau calar pada badan. Mangsa akan mula rasa mcm biawak yg nak dibunuh utk sajian makanan eksotik.
- Yg lain akan lari bertempiaran menyelamatkan diri sebab slps kn cmpk, mangsa akan mencari mangsa-mangsa lain plak utk dicampak. Mangsa yang dah kena campak ni kira dah jadi macam zombe la, nak kena cari manusia. Kalau ada tepung, lagi la nmpk real punya zombe. Masa tu penghuni yg bersorak kat koridor tadi dah masuk bilik, kunci pintu dan ttp lampu.
- Mangsa mula membersihkan diri sbb takut serangan wabak sprt gatal2 dan penyakit berjangkit yg lain. Aku pun dah dapat jerawat. Bukan sebiji tapi 2 biji sekali gus…and of coz la aku dapat flu. Bersin x berenti2 lagi. Thanks pd shumi sebab kasi scout emulsion perasa oren. tapi bila tgk gmbr ikan kat kotak tu, rasa trauma plak
Itu la dia proses2 yg terlibat utk mencampak mangsa dalam kolam. Nak salah kan drg x blh gak sbb semua terlibat. Bak kata org tua “bukan salah ibu mengandung…..salah bapak yg x pakai kondom (entah betul ke tidak peribahasa tu, aku main guna jer). X tahu la sampai bila tradisi ni akan berakhir. Maybe bila ada yg mati lemas setelah dicampak, baru lah masalah ni selesai. Itu pun bila “tugu peringatan” dibina berhampiran kolam tersebut.
So, pengajarannnya….kita x leh pecayakan sesiapa termasuklah rumate sendiri. Siap la ko Edy, aku tulis besar2 tarikh lahir ko nanti kat pintu bilik. Hehe…aku akan jadi pengarah masa tu…Hahahahaha…hahahah…wahahahhhaa….Jgn Pandang Belakang…hahaha