Nuffnang Ads

Tuesday, December 14, 2010

Saiz Bra....ketahui ukuran terbaik untuk isteri anda




Dua hari lepas aku berkesempatan untuk temankan kawan perempuan aku pergi bershopping di Mid Valley. Kebetulan pula tengah sale. Apa lagi, menjerit histeria la kawan aku ni. Mata terbeliak tengok pakaian dari jenama-jenama terkenal (aku pun sama sebenarnya). Kemudian kami singgah di butik pakaian dalam wanita yang menjual bra, panties dan seumpamanyalah. Terpaksalah aku ikut sekali walaupun aku tahu mesti promoter tu syak aku datang untuk cuci mata




Sambil tolong pilihkan bra untuk kawan aku tu, tiba-tiba teringat pada mak. Sebab dulu pun aku pernah temankan dia beli bra di pasaraya sekitar Kelantan. Time tu lah dia bagi tips atau petua bagaimana nak pilih saiz bra yang sesuai. Pesannya lagi lelaki kena tahu saiz bra isteri supaya senang untuk belikan mereka bra nanti. Mengikut fakta mak aku, saiz tangan suami menggambarkan saiz payudara isterinya. (Errkk!!??) Muka mak aku yang serius time tu membuatkan aku sedikit pasti yang dia bukan buat lawak.


Cara dia cam ni....letakkan kedua-tua tapak tangan (lelaki / suami) pada bahagian cembung bra yang ingin dibeli. Pastikan saiz bra tersebut padan atau muat dengan saiz tangan. Kata orang cukup sesedap rasa. Kalau tak cukup sedap, tukar kepada saiz lain yang lebih ngam. Senang sajakan...


Kepada suami-suami di luar sana, ingatlah petua ini. Bukan apa, kadang-kadang kita selalu keluar out station. Tambah-tambah lagi yang selalu ke luar negeri. Rugi kalau tak singgah butik Victoria Secret untuk hadiahkan sehelai dua bra buat isteri tercinta.


Ini cara yang salah untuk anda memilih saiz yang padan dengan saiz isteri anda.



Jangan pula pilih pattern yang pelik-pelik macam ni. Anda juga yang rugi kerana susah untuk 'merasa' nanti. Melainkan isteri anda seorang yang advance.


Walau apa pun saiz bra anda, jangan malu untuk ekspressikan kepada suami anda kerana Dirimu Begitu Berharga

Kepada isteri-isteri di luar sana juga, cubalah sama-sama praktikkan di rumah. Selain menambahkan kebahagian suami-isteri, anda juga yang untung nanti.



p/s: mati la kalau blog aku kena blocked nanti...

20 comments:

Rohani Hashim said...

;)

matahati-aishahazhar said...

hehehe.. suami mmg harus tahu.. tpi kekadang suami malu.. seluar kecik suami pun isteri yg belikan..


harap2 tidak diblocked ye...

Oasis said...

ratu kebaya:
Betul tu. Susah nak tgk kaum lelaki beli seluar kecik. selagi blh pakai, selagi tu la drg tak ganti lain. Betul ke? Tak semua kan. Lgpun drg lebih fikirkan untuk kaum perempuan berbanding diri sendiri.

Anati Soki said...

yes!! best gak kalau dpt hadiah bra victoria secret punye kan.. G string pun ok gak.. wahahaaha

Anati Soki said...

ratu kebaya punyer komen anat setuju.. anat penah berada di tempat itu.. dimana si lelaki malu nk beli spende snndiri.. nasib baik. anat tak pilih gstring bg die pakai.. wahaha

Oasis said...

Anata Soki:

mungkin drg tak rasa selesa beli de hadapan perempuan kut. Atau mungkin ada benda yang lebih penting perlu didahulukan. Apa2 pun victoria secrec punya bra mmg cantik. wakakaka.

Mak Su said...

uiyoooooo ;)

Anati Soki said...

ahah.. manade tak selesa.. g kuar town.. ajak anat.. anat tnya die. napa? dia ckp tlg belikan spende. dia nk g outlet spende tuh pun malu.. adooiya.. suruh beli kotex tak malu plak.. pelik ooo...

Oasis said...

Mak Su:
Knp mak su? Terkedu ke? Haha

Anati Soki:
Tak dapat la den nak nolong. Tapi at least dia suh Anat yg belikan, bkn org lain kan.

Unknown said...

bagi aku bra mcm mne pun kaler apa2 pun tetap cantik! hahahhahaha

cAndLe iN tHe wiNd.. said...

hehe..baru tau psl ni.. comel gak kalo laki belikn bra tuk isteri.. suwit gile.. ngee~

nabilah_2908 said...

baru ku tau....huhuh... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SERIBU KALI CINTA

Oasis said...

Nick Irfan:
mmg Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴͡ cantek pun. Tambah2 lagi yang ada manik2..rambu ramba smua tu kan. Xgeli ke time pakai tu?

Candle:
Sweet tapi mesti bdebar2 masa tgh pilih tu. Siap pandang kiri kanan tkt ada yg perhatika.

Nabilah:
Bgs kalau skrg dah tahu. Sng dimasa hdpn..

Aleen Aiden said...

saiz tangan suami menggambarkan saiz patudara isteri?erkk!!iye ke?hu3

Oasis said...

aleen:
betul aleen. Ni kan petua orang2 tua kita.

Hafidzah Hafidz said...

adoi! hahahahaha..lawak lawak..jope tak kena blocked..isteri advanced? adeiii haha

aiDieNa said...

Wah..wah..wah.. dah kawen ker nie En. Oasis?? hehehe

Unknown said...

ninest123 16.01
nike free, air max, louboutin, longchamp, air max, sac burberry, nike roshe run pas cher, michael kors uk, nike roshe, coach purses, replica handbags, longchamp, north face, abercrombie and fitch, vanessa bruno, sac guess, ralph lauren, true religion outlet, nike air max, north face, true religion jeans, air jordan, mulberry, air max pas cher, oakley pas cher, vans pas cher, nike trainers, new balance pas cher, michael kors, nike air force, nike tn, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike blazer, michael kors pas cher, timberland, nike huaraches, hollister, hogan outlet, polo ralph lauren, polo lacoste, coach outlet store online, ray ban sunglasses, sac hermes, hollister, lululemon outlet online, nike free pas cher, true religion jeans, true religion outlet, converse pas cher, michael kors outlet

Unknown said...

p9p74c3g54 n4p20f9a86 z5i48e1z29 q4l68h8a87 z1v65x0a84 t1r99w3w92

Anonymous said...

supreme outlet
bape outlet
off white shoes outlet
golden goose
off white jordan 1
Travis Scott Jordan
hermes outlet
yeezy
jordan shoes
curry 9